Text
legasi berdaulat di tanah bertuah
Tercatat dalam lipatan sejarah, negeri Selanggor pernah diperintah oleh seorang wanita. Raja Siti, yang merupakan Penghulu di Kuala Selangor diangkat menjadi Yamtuan Selangor selepas semangkatan Arung Passarai, kakanda baginda, Raja Siti, seorang yang berpribadian mulia, mahir dalam seni persilatan, dihormati dan diterima baik oleh para pembesar, Orang Laut, Orang Asli dan rakyat Selangor yang lain. Namun begitu, Raja Siti ditentang oleh Daeng Matteko tidak terlaksana.
Setelah Raja Siti mangkat, Raja Lumu, putera Daeng Chelak ditabalkan sebagai Raja Selangor. Berbagai halangan dan rintangan terpaksadihadapi sepanjang pemerintahan baginda. Sokongan daripada para pembesar selain Raja Lumu sendiri seorang yang bijak dan berpandangan jauh menyebabkan halangan dan rintangan tersebut dapat ditangani. Atara peristiwa yang masyhur ialah apabila Sultan Kedah enggan melunaskan hutang sebanyak tujuh bahara emas.
| NF2543001 | 959.51 MIO l | Perpustakaan Taufik Ikram Jamil (900) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain